
Assalamualaikum wbt,
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam aidilfitri maaf zahir dan batin kepada seluruh umat islam diseluruh dunia. Doa juga saya panjatkan buat sahabat dan saudara kita yg berada dalam kesulitan menjelang syawal di Palestin,Afganistan,Somalia dan semua negara islam yg bergolak, Moga allah memberikan mereka kekuatan untuk sentiasa tabah.
Tujuan saya menulis Blog ini adalah atas dasar satu perkongsian semata-mata. Memandangkan saya juga masih baru dalam menjadi seorang usahawan takaful, saya merasakan platform ini adalah satu medium terbaik untuk saya dapat berinteraksi dan berkongsi pengalaman utk sama-sama dimanafaatkan.
Perspektif saya tentang industri takaful ini berubah ketika saya membaca apakah maksud sebenar takaful. Walaupun sebelum ini saya pernah dibentangkan oleh sahabat secara ringkas tentang kepentingan takaful. Saya hanya bertanggapan mudah bahawa takaful (islamic) dan insuran (konventional).
Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.
Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.
Ini cukup menyentuh perasaan saya memandangkan setipa umat islam perlu mempunyai semangat kecintaan kepada setiap insan apatah lagi saudara seagama. Betapa utuh sesuatu ummah dapat kita lihat daripada kemampuan Umat itu membela umatnya dikala mereka mengalami kesusahan. Terdetik didalam hati saya, Takafullah adalah satu caranya.
Blog ini juga dibuat bukan untuk membanding-bandingkan syarikat-syarikat takaful sedia ada, tetapi saya amat berbesar hati untuk kita sama-sama berkongsi idea,pendapat dan pandangan. Selagi anda membawa produk Takaful. Anda merupakan penerus "sirah Rasulullah"
Salam Hormat dari saya
Haizal Ramdzan
No comments:
Post a Comment